Resepi Roti Goreng Tepung Rangup

February 27, 2019

Selalunya setiap kali balik dari sekolah, kakak minta makan nasi. Tapi hari ni dia minta makan roti jer sebab dah makan nasi lemak kat school katanya 😄

So, ibu buatkan dia roti goreng tepung. Rangup diluar lembut didalam, hehe 😁





Eina selalu buat macam ni sebab nak habiskan roti yang bakal expired. Dari membazir buang macam tu jer, so buatlah apa yang boleh dimakan ya tak 😊


Alaaa simple jer, dalam 10-15min dah siap.

*****

Bahan-bahannya:
2 keping roti Gardenia (potong 4)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Secubit serbuk kunyit (utk warna kekuningan)
Sedikit garam

Cara penyediaan:
Campur semua bancuh dengan air sejuk. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Agak-agak jer okeh
Then, celupkan roti yang dah dipotong 4 tu ke dalam bancuhan tepung. Goreng sampai garing & nampak kekuningan sikit. Then angkat.

*****

Boleh makan bersama sambal atau sardin ke atau apa-apa yang sedap di cicah ya 😋😋😋
Boleh buat makan pagi ataupun minum petang juga ☺️



~~~~~




Eina Md Ali

FB : Facebook Eina
FB Page : Facebook Page Eina
Twitter : Twitter Eina
Youtube Channel : Cerita Cantik Sihat

IG: Instagram Eina

You Might Also Like

0 comments

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang penulisan mahupun pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan punya blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog sendiri.

Terima kasih.

Eina Md Ali

Popular Posts

Like us on Facebook

Follow Us