Tips Mudah Syukur
September 04, 2019Antara Tips-tips Untuk Mudah Berasa Syukur
Tips 1
Biasakan Mengucap Terima Kasih
Sesiapa yang sukar berterima kasih dengan manusia tentunya akan lebih sukar berterima kasih dengan Allah
Tips 2
Senaraikan Perkara-Perkara Remeh Tetapi Boleh Kita Syukuri
Telinga yang dapat mendengar, mata yang boleh berkelip, oksigen yang dapat disedut, perut yang masih boleh menghadam makanan, kaki yang masih boleh berjalan. Semuanya perkara remeh yang selalunya terlepas pandang untuk disyukuri.
Tips 3
Renungkan ddan Fikirkan Perkara-Perkara Baik yang Allah Kurniakan
Diberi pekerjaan ketika ramai orang lain masih menganggur, dikurniakan anak ketika ramai lagi orang lain yang masih berikhtiar untuk mendapatkan anak, diberikan keamanan ketika ramai lagi yang melarat.
Tips 4
Bandingkan Dengan Orang Yang Lebih Susah Dari Kita
Bandingkan kesempurnaan tubuh kita dengan orang lain yang cacat anggota, bandingkan keluarga yang kita ada berbanding orang lain yang kehilangan keluarga dan saudara.
"Let's take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have"
5 comments
thanks share info. done follow sini. jemput singgah blog saya
ReplyDeleteThanks for the tips
ReplyDeleteSama2 cikgu
DeleteNice sharing. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete