Jenis-Jenis Rezeki dari Allah SWT dan Zikir Serta Doa Menjemput Rezeki

August 20, 2020

 

Eina nak share antara jenis-jenis rezeki yang Allah janji pada kita. Semuanya ada dalam Al-Quran. Semoga bermanfaat.

 

1. Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat - Surah Hud Ayat 6

A006

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

 

2. Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya - Surah An- Najm Ayat 39

A039

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

 

3. Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur - Surah Ibrahim Ayat 7

A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

 

4. Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal - Surah At-Talaaq Ayat 3

A003

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

 

Antara Zikir-Zikir dan Doa Menjemput Rezeki

 

 



Dan jangan tinggal doa ini setiap pagi, setiap hari. InsyaAllah

 Silakan share untuk manfaat kita bersama. 


Credit kepada semua empunya poster. Terima kasih.


You Might Also Like

4 comments

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang penulisan mahupun pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan punya blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog sendiri.

Terima kasih.

Eina Md Ali

Popular Posts

Follow Us