Jenjalan ke Exhibition Ige Age Alive dan Petrosains
August 27, 2018Seminggu anak-anak cuti sekolah, takde ke mana pun selain dari balik
kampung, hehe. Semalam baru berkesempatan bawa anak-anak jalan-jalan, hehe
Kami ke KL tengok Exhibition ICE AGE ALIVE di MATIC, KLCC pun dekat jer situ
Tak besar sangat pun tempatnya, tapi okla untuk anak-anak. Ada ice skating kecil untuk kanak-kanak, ada snow pool, ada juga lain-lain aktiviti untuk anak-anak.
Paling excited tengok dinosaur tu, si kecik Imran la, haha. Tak takut langsung, sibuk nak pergi dekat, bunyi bising pun tak takut. Aktif semacam dia kat situ, seronok jer berlari-lari, jenuh kejar dia, hehe
Ada juga, maskot dinosaur berjalan-jalan dalam tu, ingatkan Imran takut nak dekat, eh dia siap pegi kejar lagik ada la, haha. Si kakak plak yang takut, menangis-nangis dia, aduhai kakak ni badan jer besar, hahaha
Bolehlah bawa anak-anak penuhi aktiviti hujung minggu.
Ini harga tiket untuk ke Exhibition ICE AGE ALIVE
Ok, details boleg refer sini >>> Exhibition Ige Age Alive at MATIC, KL
Dah puas main-main kat situ, kami ke KLCC (ini tak dirancang, hehe). Jenjalan cari makan, lepas tu kami masuk PETROSAINS plak. Seronok dorang macam-macam benda boleh buat dalam tu.
Tapi tak dapat ambil gambar banyak sebab phone ibu takde bateri dah masa tu + melayan Imran yang hyperactive, pengsannn
Sebenarnya banyak yang menarik dalam PETROSAINS tu, tapi sebabkan semuanya dah kepenatan, so buat aktiviti buat sambil lalu jer, hehe
Details PETROSAINS klik sini >> Discovery PETROSAINS
Sekian cerita cuti sekolah yg tak berapa menarik, hehe
0 comments